Rabu, 20 September 2017

Replika Terompah Rasul

KENAPA SIMBOL CAPAL / SANDAL RASULULLAH ﷺ?

"Bukankah bukti cinta Rasulullah ﷺ itu dengan mengikuti sunnahnya?".
Demikian memang benar, tetapi manusia harus diberi ruang dan peluang untuk dipupuk perasaan cinta terhadap Rasulullah ﷺ sebagai asas kekuatan dan motivasi untuk beristiqamah dengan sunnah Rasulullah ﷺ.
Kenapa Capal?
Semua yang bersama Rasulullah itu mulia dan kemuliaan Rasulullah ﷺ tertumpah sehingga ke capalnya yang dibawa bersama ketika menghadap Allah dalam peristiwa Isra' Mikraj.
Ketika di bukit Tursina, Nabi Musa as. Diperintah supaya ditanggalkan alas kakinya, tetapi Rasulullah ﷺ biarpun berada pada jarak yang lebih dekat , tidak diperintahkan supaya ditanggalkan capalnya ketika menghadap Ilahi.
Ulama membuat lakaran capal Rasulullah ﷺ demi kecintaan kepada Nabi junjungan besar ﷺ sehingga merasakan capal di telapak kaki Rasulullah ﷺ lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka.
Hal ini amat payah untuk difahami oleh orang-orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana-ur-rasul.
Bukankah kecintaan itu menuntut untuk mencintai apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan yang dicintainya?
Perhatian diberikan hatta ke capal Kekasih ﷺ bukan kerana capal tetapi kerana yang tuan empunyanya. Tulusnya cinta pada kekasih telah menyebabkan keberkatannya terzahir pada diri pencinta.
Bagaimana simbol capal boleh mengingatkan kepada Rasulullah ﷺ?
Baiklah...Apa yang terlintas di fikiran anda apabila terlihat simbol capal seperti gambar?
Jika anda teringat yang ianya ada kaitan dengan Rasulullah ﷺ. Haaa, bukankah ia sudah membawa anda mengingati Rasulullah ﷺ ? Apatah lagi jika anda benar-benar memahaminya.
Mengapa kita boleh berbangga dengan jenama/logo/brand disekeliling kita? Tetapi apabila ada simbol yang mengingatkan kita kepada Rasulullah ﷺ dikatakan syirik & khurafat?
Pemikiran apakah ini? Mengapa tidak mengatakan jenama/logo/brand yang diguna selama ini juga membawa kepada syirik? Inilah pemikiran yang salah.
Janganlah kita jadi golongan yang berasa tidak senang apabila melihat orang lain berusaha untuk mengingati Rasulullah ﷺ.
Jika capal Rasulullah ﷺ itu tiada apa-apa kaitan dengan agama, maka sudah tentu para sahabat Rasulullah ﷺ tidak perlu bersusah payah meriwayatkan hadis-hadis berkenaan rupa bentuk capal yang dipakai oleh Rasulullah ﷺ.
Seperti mana yang telah dihimpunkan hadis-hadisnya oleh Imam Tirmizi dalam Syamail-nya yang menerangkan mengenai rupa dan bentuk capal Rasulullah ﷺ secara terperinci. Ramai ulama telah mengarang berbagai kitab untuk menerangkan mengenai faedah capal ini:
> Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam kitabnya “Jawahirul Bihar” jilid ke-3.
> Maulana Asyraf Ali Thanwi dalam “Zadus Sa`id”.
> Imam Ibnu ‘Asakir dalam kitabnya“Timtsalu Na’l an-Nabiy“.
> Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya 
> Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na’layn“.
▪Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya “Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al”.
> Imam al-Qashthalani dalam kitabnya “Mawahibul Laduniyyah” dan ramai lagi.
Semoga kita ditumpahkan perasaan cinta yang mendalam terhadap Rasululah ﷺ serta apa dan siapa saja yang berkaitan dengan baginda ﷺ. Amiin.
Jangan lupa SHARE yah....
Semoga lebih ramai memahami tentang makna simbol Capal ini.
Berminat dengan Pin Capal / Terompah Rasullulloh dalam bentuk Cincin, Kalung, Bross, Gantungan Kunci?
Segera dapatkan di ...
KIOS HADRAMAUT RAWAJATI
Mas Bambang
HP/WA/LINE :
0812 1256 2417, 0856 153 9797